15 Okt 2018 Isnin : Majlis Penyampaian Anugerah Simposium Kecemerlangan Operasi ( OE ) bertempat di Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam. Simposium ini memberi pengiktirafan kepada semua pusat tanggungjawab ( PTJ ) yang telah melaksanakan penambahbaikan proses di unit masing-masing. Bertemakan " Kecemerlangan Operasi Memacu Kecekapan Pengurusan" , Simposium ini mampu memberikan motivasi dan semangat kepada semua warga UiTM untuk membudayakan penambahbaikan proses melalui inovasi dan kreativiti di dalam melaksanakan proses kerja.

Di dalam pertandingan tersebut, kumpulan yang di ketuai oleh ASP/PB Mohd Tarmizi Abdul Raman yang terdiri dari enam (6) orang ahli, LKPL/PB  Abd Nasir Abu Hashim, LKPL/PB Azly Razak Husin, Kons/PB hafiz Husin,SJN/PB shawal Abas, KPL/PB Fatimah Musa dari Unit Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana  telah memenangi tempat pertama kategori Proses Pentadbiran dan Juara Keseluruhan.