31 Julai – 2 Ogos 2018 (Selasa - Khamis): Program Pembinaan Kumpulan ini berobjektifkan pemantapan minda dan jati diri disamping meningkatkan semangat dan indeks keceriaan staf. Peserta terdiri dari pelbagai peringkat jawatan dan program ini disertai sejumlah 99 staf PPII dan Bahagian Pengurusan Kewangan Zon 5. Pelbagai aktiviti yang mencabar ditempuhi dengan semangat berpasukan yang tinggi yang diharapkan dapat diaplikasikan semula didalam dunia pekerjaan masing-masing. Semoga semakin mantap dan bersemangat.